Punca Malas Belajar Forex




Punca Malas Belajar ForexPunca anak degil serta malas rawatan Anak malas belajar walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menarik perhatiannya. Perkara yang dianggap remeh ini mungkin membimbangkan bagi sesetengah ibu bapa. Pada usia lima tahun, kebanyakan kanak-kanak akan mula mengikuti pelajaran di peringkat pra-sekolah. Kebanyakan mereka dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan tetapi terdapat juga sebahagian yang mungkin mengalami masalah. Sering kedengaran rungutan atau keluhan ibu bapa mengenai anak-anak yang degil, malas belajar dan sebagainya. Terdapat beberapa faktor yang perlu difahami sebelum mengatakan anak itu degil atau malas belajar. Sikap seseorang kanak-kanak itu merupakan persepsi ibu bapa terhadap kelakuan anak-anak mereka dan persepsi ini pula bergantung kepada beberapa faktor lain. Antaranya, tahap toleransi dan harapan ibu bapa sendiri terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang mempunyai harapan yang terlalu tinggi terhadap anak mereka mungkin mempunyai tahap toleransi yang lebih rendah dan seharusnya lebih cenderung untuk mengatakan anak-anak ini bersikap negatif sekiranya anak-anak gagal mencapai tahap yang mereka harapkan. Ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik, biasanya akan mengalami masalah mengendalikan perangai anak-anak yang pelbagai dan lebih cenderung mengatakan anak-anak ini bersikap degil atau malas. Bagaimanapun tidak dinafikan ada sebahagian kanak-kanak yang mengalami masalah tertentu yang menyebabkan mereka bersikap degil, malas belajar dan sebagainya. Dari aspek psikiatri, terdapat beberapa kemungkinan yang harus diberi perhatian iaitu: 1. Kerencatan Akal 8211 merupakan masalah di mana tahap kecerdasan akal kanak-kanak tersebut berada di bawah tahap normal dan menyebabkannya sukar menerima pembelajaran. 2. Masalah Pembelajaran Spesifik 8211 merupakan masalah pembelajaran spesifik di mana kanak-kanak ini yang biasanya mempunyai tahap kecerdasan akal yang normal, tetapi menghadapi masalah pembelajaran seperti menulis, mengeja, membaca dan mengira. 3. Tumpuan Dan Hiperaktif 8211 merupakan masalah perkembangan yang melibatkan 8216hyperaktiviti8217 dan 8216masalah tumpuan8217. Kanak-kanak yang dikatakan di dalam golongan masalah ini biasanya hiperaktif, sentiasa bergerak, tidak dapat member tumpuan, tidak dapat menyiapkan kerja dan sebagainya yang akan menjejaskan proses pembelajaran. 4. Autisme 8211 merupakan masalah perkembangan otak dan saraf kanak-kanak yang melibatkan masalah perkembangan dari tiga aspek utama iaitu. Perkembangan bahasa, pertuturan dan komunikasi, interaksi sosial dan kurang daya imaginasi serta suka pada objek, aktiviti atau topik yang sama. Ini menyumbang kepada kesukaran mereka untuk belajar. 5. Emosi 8211 Masalah emosi seperti kemurungan, ansiedade dan sebagainya juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak-anak menjadi degil, malas dan sebagainya. Untuk melakukan penilaian, kanak-kanak ini perlu ditemu bual oleh doktor. Teknik-teknik lain seperti melukis, menulis, cara bermain dan sebagainya juga akan digunakan bagi membantu mendapatkan maklumat. Pemerhatian juga akan dilakukan untuk melihat cara kanak-kanak ini bermain, bertutur, pergaulan dengan ibu bapa dan ahli keluarga lain dan sebagainya. Ujian kecerdasan akal dan ujian perkembangan kanak-kanak akan dijalankan sekiranya perlu. Ibu bapa dan ahli keluarga yang lain juga akan ditemu bual untuk mendapatkan maklumat tentang kanak-kanak ini. Laporan sekolah juga akan diperoleh sekiranya perlu dan mendapat keizinan dari ibu bapa. Daripada maklumat yang diperoleh doktor akan mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut dan memberi diagnosis yang sesuai. Ibu bapa akan diberi penerangan mengenai masalah anak mereka dan rawatan yang bersesuaian akan diberikan. Sekiranya tiada masalah berkaitan dengan masalah perkembangan, kecerdasan akal atau masalah pembelajaran, masalah emosi perlu diambil kira. Kanak-kanak didalam lingkungan umur ini juga boleh mengalami masalah emosi dan biasanya mereka akan menunjukkan perubahan sikap dan perangai apabila mengalami tekanan. Antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada masalah emosi dikalangan golongan ini adalah pendario, konflik rumahtangga ibu bapa, penceraian ibu bapa, kematian ibu bapa dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ada masalah yang sebenarnya datang dari ibu bapa dan bukannya anak mereka. Ibu bapa yang menghadapi tekanan biasanya tidak dapat mengendalikan anak-anak mereka dengan baik sehingga mereka membuat andaian bahawa anak mereka yang bermasalah. Sekiranya perlu, ibu bapa tersebut akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Dalam pada itu, setiap ibu bapa hendaklah memahami anak dan sentiasa peka kepada sebarang perubahan sikap yang berlaku. Walaupun sibuk, pastikan anak-anak mendapat perhatian yang sewajarnya. Ibu bapa hendaklah mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni bagi membantu anak anda membesar dalam persekitaran yang positif. Jangan terlalu mementingkan aspek akademik sehingga memberi tekanan kepada anak-anak. Pastikan mereka ada masa in the berline dan melakukan aktiviti yang mereka suka selain dari belajar. Setiap anak mempunyai potensi, terpulanglah kepada kita untuk membantu mereka mencapainya. Sebab Malas Belajar Dan Cara Mengatasinya Sebab Malas Belajar Dan Cara Mengatasinya Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah malas belajar selalu menghantui ramai pelajar pelbagai peringkat. Berikut adalah antara alasan mengapa kita sering malas belajar. Sebab Malas Belajar: 1. Susah memahami soalan atau isi pelajaran Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas belajar. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kita boleh belajar berkumpulan dengan kawan2 kita. 2. Keadaan sekitar tempat belajar Seandai persekitaran tempat kita belajar tenang, maka kita dapat fokus untuk belajar dengan mudah. Selok-eloknya, pelajar haruslah mencari tempat belajar yang kondusif dan kurang gangguan. 3. Keinginan bermain jogo Pelajar yang selalu bermain permainan komputer akan secara automatiknya menggangu minatnya untuk belajar. Ini kerana ketagihan dan susah untuk berhenti bermain sehinggalah puas atau misi gamenya tamat. Untuk mengatasi masalah ni, kita haruslah membuat satu jadual harian dan perlu ada disiplin yang tinggi untuk mematuhi jadual tersebut. Melayari internet juga sama seperti bermain jogo 4. Mood Mood kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan sesuatu aktiviti, ini termasuklah juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa dalam mood yang baik dengan mengatasi sebarang masalah secara efektif. 5. Kekurangan prasarana Kekurangan bahan untuk menyokong pembelajaran mendorong pelajar kurang minat belajar seterusnya mengundang sikap pemalas. Cara Atasi Malas belajar: Ingat pada diri anda, buat sesuatu kerana Allah, bukan kerana orang lain atau terpaksa. Ingat masa depan dan kerjaya serta peluang di hadapan, jika aku tak buat dan malas nak buat aku akan terlepas peluang. Ingat pada diri sendiri, jika aku tak belajar hari ini bila lagi, sedangkan masa semakin suntuk, Tanamkan sikap positif dalam diri dan buang sikap buruk dan malas Malas ialah musuh utama kejayaan, ia adalah hasutan syaitan, lawan dan lawan dengan bangun jadi rajin. Ingat kita buat kerana Allah, bukan kerana orang lain dan kerana nama